TENTANG AKAK

My photo
nama akak KUNTUM SERI MEGA.sedapkan nama akak?akak x lah chantek..tp lebih chantek dari uols semua..

Thursday, July 16, 2009

KAKI NAIK KE MUKA?SUDAH....


alkisahnya..pg tadi kat opis akak tgk kwn akak ni muram durja..pelik la akak kenapa dgn perem ni..so ala2 esah dalam slot tiga dara pingitan kat majalah gila-gila akak pun tanya la kat perem tu kenapa?ko datang bulan ke temah?eh x mungkin..ko kan mengandung...eh compius la akak ngan ko ni temah..x pasal2 tetiba si temah ni menangis..sudah..akak xda raba ko pun temah oooii..akak bukan lesi...kalau nak lesi ko g cari kenanga..oppssssssssss ahak.

sambil air mata mengalir si temah pun story la kat akak ni yg ala2 konselor katanya..rupanya dia ada prob dgn laki...laki dia x pedulik langsung kat dia serta anak2..ayooo temah kenapa ni ko tu dah la mengandung..maaf ye akak xda skandal ngan laki ko..si kenanga tu mungkin suka caras laki org...opssssssss larikkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk.

akak korek2 la lagi kenapa?masalah apa?dia ada sundel lain ke temah?ohhhhhh tidak temah kata( sambil libas rambut)laki dia mcm kena mak esah dgn family sendiri..hari2 kerja xda cuti segala kerja bermatian tp duit semua dia serah kat family.untuk anak2 dan temah sendiri nan adooooooooooo..kalau temah buka mulut minta duit habis kena maki hamun sepak terajang segala..ayoooooooooooo ganasnya laki ko temah..akak suka la...ahak...sampaikan si temah ni x tahan dah 4 tahun menanggung seksa mcm ni...patutla akak selalu nampak mata temah ni bengkak je..sian ko temah...tambah si temah laki dia dah cakap x suka langsung tgk muka temah..dia suka kalau temah mampos..aduh akak yg mendengar pun terhiris..apa lago ko temah..

td temah ada tanya akak ada tak tau mana2 mak esah nak buat kat laki dia..akak cakap ada sbb memang akak tau mak esah kat sungai besi ni...opssssssssss sory
kenanga..kau x g jumpa dah ke mak esah tu?larikkkkkkkkkkkkkkkkkkk.
tp akak ca
kap ni nak buat benda jahat temah..ko syurga bawah tapak kaki suami walau dia selalu kakikan muka ko..ahaks tetiba jadi ustazah akak ni..ko tu mengandung nak bersalin kang azab temah oiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii walaupun akak x pernah mengandung sbb laki akak x bg..tp akak tau azabnya...kan kenanga kan...............akak nasihatkan temah buat selepas bersalin nanti..so td akak temankan si temah ni ke mahkamah syariah kl je...
pengajarannya...kau jgn nak menyundal je kenanga..kang kaki laki ko naik ke muka plak...larikkkkkkkkkkkkkk kah kah kah


Sunday, June 21, 2009

PETUA KECHANTEKAN LAGI UNTUK FONEN2 BURUK

SEBAB AKAK NI CHANTEK ( MISS WORLD) LA KATAKAN..SO AKAK NAK UOLS YG BURUK2 NI JD CHANTEK JUGA..NI PETUA NENDA AKAK DARI NEW YORK OKAY...SELAMAT BERAMAL DGN PETUA NENDA AKAK......

Menghapuskan Jerawat
Untuk membersihkan muka dan menghapuskan jerawat, sila amalkan salah satu petua ini:-

  1. Bersihkan muka. Kemudian cuci dengan air kelapa tua. Biarkan ia kering sendiri. Kemudian bilas dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.
  2. Setelah muka dibersihkan, tutup muka dengan kain tuala yang lembab. Dekatkan muka ke wap nasi atau air panas selama lima minit. Ulangi beberapa minit. Kemudian pakai penyegar muka.
  3. Sejukkan sedikit kanji nasi. Sapukan pada jerawat dan biarkan ia kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam. Amalkan setiap hari hingga jerawat berkurangan.
  4. Jika jerawat masih sukar hilang, rebus beberapa helai daun teh warna hijau. Ketika suam, lekatkan pada jerawat dan biarkan sehingga ianya kering.
  5. Tumbuk segenggam bunga melur bersama sedikit air hingga lumat. Sapukan ke muka dan biarkan kering. Kemudian cuci dengan air kelapa muda.
  6. Basuh muka dengan air basuhan beras. Setelah kering, cuci dengan air bersih. Amalkan selalu.
  7. Rendam segenggam beras hingga kembang. Toskan airnya. Tumbuk beras ini bersama segenggam biji betik muda hingga lumat. Campurkan dengan sedikit air. Gentelkan kecil-kecil dan jemur hingga kering. Apabila hendak memakainya, bancuh dengan air dan tempelkan di muka.
  8. Hancurkan beberapa helai daun pucuk jambu batu. Campurkan dengan besak sejuk. Tempelkan di muka sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Menghilangkan Bintik Hitam

  1. Rendamkan sehelai tisu ke dalam dua biji putih telur. Tampalkan tisu tersebut pada tempat yang ditumbuhi bintik-bintik hitam. Setelah kering, tanggalkan. Basuh muka dengan air bersih dan pencuci muka. Lakukan dua kali seminggu.
  2. Lumatkan sehelai daun nangka yang agak tua dengan sedikit air. Sapukan pada muka yang telah dibersihkan. Setelah kering, bersihkan muka dengan menggunakan air suam.
  3. Campurkan beras pulut dengan kulit kayu manis. Kemudian goreng tanpa minyak hingga kekuningan. Kisar dan gosokkan pada muka dua kali seminggu.

Tegangkan Kulit Muka

  1. Tumbuk beberapa helai daun jambu batu hingga lumat. Bancuh dengan air suam. Apabila sejuk, sapu pada muka. Lakukan setiap malam.
  2. Campurkan sedikit bedak sejuk dan beberapa titik air limau nipis. Bancuhkan bersama sedikit air kemudian sapukan ke muka. Kulit akan terasa pedih sedikit. Amalkan dalam masa seminggu untuk melihat perubahannya.

Menghilangkan Parut di Muka
Jerawat yang sudah kering akan meninggalkan parut di muka. Ada beberapa cara unuk menghilangkannya.

  1. Tumbuk beberapa batang kulit kayu manis dan jadikan serbuk. Campurkan dengan sedikit air.
  2. Asah kulit kayu manis dan campurkan dengan madu lebah. Tempelkan pada muka yang berparut setiap malam. Keesokkannya, cucilah menggunakan air suam.
  3. Kisar timun dan tapiskan airnya. Tampalkan hampas timun pada muka. Biarkan setengah jam. Kemudian cuci bersih dengan air suam.
  4. Rendam beberapahelai daun senduduk, sedikit cekur dan segenggam beras. Kemudian giling hingga lumat. Sapukan pada parut muka dua kali seminggu.
  5. Tumbuk sepuluh helai daun sirih muda. Tempelkan pada muka terutama pada bekas jerawat. Setelah kering, cuci muka dengan air bersih. Amalkan tiga kali seminggu.

Kulit Muka Lembut dan Cerah

  1. Parutkan seketul ubi kayu dan tempelkan pada muka. Biarkan hingga kering. Selepas itu cuci muka dengan air suam. Amalkan pada setiap malam.
  2. Campurkan parutan lobak merah, kuning telur, sedikit air limau nipis hingga sebati. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan air bersih tanpa sebarang pembersih muka.
  3. Sapukan muka dengan putih telur dan biarkan selama 30 minit. Setelah itu, cuci dengan air biasa. Lakukan tiga kali seminggu.
  4. Kisar kulit telur hingga halus. Campurkan dengan air suam dan bedak sejuk. Sapukan campuran tadi pada muka. Urutkan kulit muka perlahan-lahan. Biarkan hingga bedak kering. Kemudian basuh dengan air suam.
  5. Parut sebiji kentang. Perah airnya. Sapukan pada muka. Apabila separuh kering, cuci muka dengan air.
  6. Kisar lima kuntum bunga cempaka dan lima kuntum bunga melur hingga halus. Campurkan dengan bedak sejuk. Sapukan pada muka pada setiap malam.
  7. Campurkan tepung sagu dengan air. Sapukan pada muka seperti memakai bedak sejuk. Lakukan setiap hari.

Hilangkan Parut Demam Campak

  1. Demam campak biasanya meninggalkan tanda hitam. Untuk menghilangkannya, cubalah petua ini :-
    • Gilingkan beberapa helai daun semambu hingga lumat.
    • Sapukan di tempat berparut dan biarkan kering. Ulangi selama tiga hari.
  2. Daun semambu juga boleh direbus untuk diminum airnya. Tujuannya untuk menghilangkan rasa gatal pada bekas demam campak.
  3. Parut sebiji jagung muda hingga lumat. Sapukan pada bekas demam campak. Lakukan selama beberapa hari.

Melicinkan Kulit Muka
Jika anda memiliki wajah yang kasar, jangan cepat putus asa. Cubalah petua ini:-

  1. Campurkan sedikit tepung pulut dengan sedikit air. Sapukan pada muka sebelum tidur. Keesokkannya cuci muka dengan air suam. Amalkan seminggu sekali.
  2. Campurkan satu sudu besar madu lebah dengan satu sudu besar susu tepung. Sapukan pada seluruh muka dan biarkan sebentar. Kemudian basuh muka dengan air suam. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Campurkan bedak sejuk, asam jawa, serbuk kunyit serta sedikit air. Sapu dan gosok perlahan-lahan pada muka selama beberapa minit sebelum mandi. Kemudian cuci dengan air suam. Lakukan setiap hari.
  4. Giling tiga sudu besar kacang hijau. Campurkan dengan sedikit air. Sapukan pada muka dan bairkan kering. Cuci dengan bersih.
  5. Gosokkan serbuk teh yang telah digunakan ke muka. Biarkan selama 3 minit sebelum dicuci dengan air suam.
  6. Kisar dua biji buah tomato, gula dan air. Tapiskan dan minum air setiap pagi. Lakukan selalu sehingga kulit muka kelihatan licin.
  7. Setiap kali mandi, gosokkan tawas pada muka. Lakukan setiap pagi atau malam. Muka anda akan menjadi halus.

Mengekalkan Seri Wajah
Wajah pengantin menjadi tumpuan ramai pada hari pernikahannya. Untuk menyerikan lagi, cubalah petua ini :-

  • Goreng secawan beras tanpa minyak sehingga kekuningan. Kisar sehingga lumat.
  • Campurkan dengan sedikit putih telur, air limau nipis dan satu sudu teh air kunyit.
  • Tempekkan pada muka kecuali bahagian mata. Insya-Allah, wajah akan berseri pada hari persandingan.

Menghilangkan Panau di Muka

  1. Gosokkan halia pada kulit yang berpanau. Biarkan seketika, kemudian bilas dengan air biasa. Lakukan 3 kali sehari.
  2. Tumbuk dua helai daun gelenggang hingga hancur. Sapukan pada kulit yang berpanau.

Alat Solek Tidak Sesuai

  • Basuh muka dengan air kelapa setiap hari sehingga bengkak-bengkak atau gatal sembuh.
  • Jika masih belum menunjukkan tanda-tanda yang tidak baik, segeralah mendapatkan rawatan dari pakar kecantikan.

Kulit Muka Berminyak
Parut buah epal hingga halus. Kemudian sapukan pada muka, bairkan selama 15 minit. Kemudian cucilah dengan air suam. Lakukan 3 kali seminggu.

Melembabkan Muka
Bersihkan muka dengan air suam. Panaskan madu hingga menjadi suam-suam kuku. Sapukan madu ini pada muka dan urutkan perlahan-lahan. Biarkan setengah jam dan bersihkan.

SELAMAT HARI ABAH

erm lama sungguh akak x hapdate blog ni.ntah la uols akak mcm malas je nak menaip skang ni..kalau kote akak x tolak la..opsssss kenanga kau dpt kote kah?skang ni akak lebih rajin baca blog fonen2 lain dr menghapdate blog sendiri tp yg penting akak tetap chantek dari uols semua..harusla....akak miss world.
okaylah,dikesempatan yang mulia ini akak ingin mengucapkan SELAMAT HARI ABAH kepada abah akak terchinta yang kini berada di NEW YORK..jgn x tau ye kg akak kat new york..uols ada ker?nan ado...kan kan

akak juga ingin mengucapkan SELAMAT HARI BAPOK..eh silap ye..SELAMAT HARI BAPA..pada uols yg bergelar bapa x kisah la walau akak tau uols ni gayah ke fonen ke..yg penting uols dah jadi daddy kat anak2 uols..bukan anak ikan ye...opsss kenanga kau ada ke anak ikan?nan ado................

Tuesday, April 21, 2009

KAWAN AKAK DAN HANJING KESAYANGAN

satu petang yang hening lagi dingin akak terasa kesepian( sbb laki akak ke jedddah) ada business minyak atar di sana. Dengan penuh rasa haru dan pilu akak melangkah kaki ke dome cafe yang terlatak di bawah condo akak tinggal.oopsss..kat mana tu condo akak?ayoooo matila..fonen tua tu mesti hangit..
sedang akak asyik menghirup air yang sedap itue dgn tiba2 bahu akak ditepuk dgn gemalainya (akak dah agak mesti fonen atau peminat akak) ya..tidak syak lagi fonen rupanya kawan akak masa sama2 buat degree kat New York dulu ( kau study mana dulu kenanga?) mati la..hangit lagi kenanga..ahaks.okay akak teruskan ya..akak begitue teruja kerana fonen kwn akak tu dah semakin women uol..tp jgn risau women mana pun dia buruk..akak la yg paling chantek..akak primadona..harus diingat ya.
wah rupanya fonen itu bekerja di saloon condo akak..ahaks..pasni akak set rambut percuma la..primadonakan..yang paling mengejutkan akak (terkejut manja) fonen itue membawa 2ekor hanjing kesayangannya..ayooo fonen kau dah gile ker..kenapa x pelihara babi je uol..jahatkan mulut akak..puaka sungguh..tp akak tetap ayu..hahahahupin dan ipin nama hanjing dia

ayooo jahat sunggguh fonen itue terkejut manja sekali lagi bila diberitahu nama hanjing dia
upin dan ipin..choiiiiiiiii la kau ni nyah..kenapa x bagi nama mcm dalam ic kau je..ahaks..tetiba primadona carut kawan lama..dengan rasa tidak bersalah dia menjemput akak belai manja hanjing dia sekali lagi fonen itue sengaja memberi peluang kepada akak untuk memberi makian...dengan segala hormatnya ye...akak fire la kenapa uol x pelihara babi je lagi cute..kah kah dengan rasa bangga fonen itue menjawab "laki mak x suka babi nyah"..ayooo berlaki rupanya fonen buruk tu..baru akak nak fire lagi fonen itue dgn pantas dia kata urgent nak cepat g saloon..choiii mcm tau2 je mulut akak nak melaser...propa la tu..yg sebenarnya dia takut la kat primadona yang chantek nie...ahaks..xpe.akak simpan kata2 khidmat..nanti jumpa lagi akan akak luahkan segalanya..biar fonen itue fingsan..ahaks
*haiwan peliharaan akak namanya WSD*

Monday, April 20, 2009

BICARA CINTA BERSAMA AKAK KSM


akak rasa akak akan cuba mengupas isu ini secara serius yg akak termampu.tp sebelum akak teruskan ingin akak nyatakan di sini bahawa isu ini adalah permintaan dr seorg peminat akak seorang fonen tua yg tinggal di cyberjaya..opsss matila akak kalau fonen tu perasan..larikkkkkkkkk..lets serius okay..sambil memuncungkan bibir akak yg sexy ahaks...

cinta itu sebenarnya amat berharga dan sebgai fonen uol perlu mengambil masa yang mencukupi untuk mengenali jantan itu sebelum uol melafazkan kata cinta ( tapi kalau jantan tu kaya sekali jumpa uol terus je cakap cinta kat duit dia)mati la..terus kena tinggal. hey kenanga...uol ada ke cincin mcm akak ni?(sila rujuk pic) ahaks..matila..kenanga pasti sentap tgk kebahagian akak..sabarla dik non,akak ni primadona..sentiasa bahagia..kannnnnnnnnnn.ayooo matila akak dah mula meroyan ni..x boleh plak nak serius sebelum akak lagi meroyan, akan akan menyayikan sebua lagu cinta buat uol fonen2 buruk sekalian...ahaks..akak primadona okay..dengar ye..

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menggerakkan nurani
Mencari kasih suci
Sehingga kita yg tertinggal saling damba
Sentiasa rasa sunyi bersendiri

Mana dia kekasih hati
Mana dia pujaan ku yang sejati
Dengarlah bisikan asmaraku

c/o
Cinta adam dan hawa
Satu bersama satu terpisah
Buat diriku tertanya-tanya
Cinta adam dan hawa
Satu harapan, satu sandaran
Buat diriku rindukan dia

Kau yang aku puja
Kau yg aku cinta.....oh
Kasihku di Firdausi

Cinta adam dan hawa
Terbit di syurga terang di jiwa
Menjadi saksi impian murni



sekian terima kasih buat tatapan fonen2 sekalian..akak sebagai primadona sentiasa menyokong cinta songsang uols...ahaks





PETUA KECANTIKAN (untuk fonen-fonen yang lahar)


"kecantikan adalah hak milik setiap fonen". sebagai primadona..adalah menjadi tanggungjawab akak untuk melihat uol fonen2 buruk supaya menjadi chantek seperti akak (tp akak paling chantek okay) matila..pasni akak kena simbah asid..choii jahat uol ni tau dengki kat akak..untuk itu sebagai primadona akak terpanggil untuk membantu uols fonen2 buruk supaya kelihatan chantek dimata jantan tanpa menggunakan khidmat mak esah..kechantekan asli gitue..inilah petua yg nenda akak perturunkan kepada akak dan sekarang atas dasar simpati terhadap keburukan uol..akak beri sedikit petua untuk menjadi chantek..cuba la..ahaks.

Awet Muda
Jika anda inginkan muda, sering tersenyum adalah salah satu petuanya. Selain daripada itu, cubalah ikut petua berikutnya:

  • Kisar beberapa jambul nanas dan rebus dengan air selama setengah jam. Anggarkan air rebusan tinggal satu cawan. Setelah sejuk barulah diminum. Amalkan meminumnya seminggu sekali. Wanita hamil dilarang mengamalkan cara ini.
  • Amalkan makan sayuran jenis daun dan ulam-ulam untuk awet muda.

Melentik Bulu Mata
Mata adalah salah satu daya penarik bagi seseorang. Untuk memiliki mata yang cantik, di sini ada satu cara yang boleh diamalkan :-

  • Ambil daun lidah buaya. Sapukan lendirnya pada bulu mata sebelum tidur. Lakukannya berterusan

Melebatkan Bulu Kening
Bakar dua biji buah keras hingga hitam. Kemudian tumbuk hingga halus. Sapukan pada kening setiap hari sebelum tidur. Keesokkannya bersihkan dengan air. Kening akan nampak lebih lebat dan menarik.

Melebatkan Bulu Mata
Rendam satu sudu besar teh di dalam air panas. Setelah sejuk sapukan air teh di bulu mata anda. Amalkan selalu.

Mencantikkan Rambut

  1. Daun limau purut juga boleh digunakan untuk mencantikkan rambut. Caranya
    • Ramas beberapa helai daun limau purut, sedikit air dan bunga raya.
    • Apabila sebati, tapis airnya dan lumurkan pada rambut anda.
    • Di samping memberi keharuman pada rambut ia juga menyejukkan kulit kepala.
  2. Campurkan beberapa helai daun rambutan dengan sedikit air. Ramas sehingga keluar airnya. Ketika mandi, lumurkan pada rambut dan biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih.

Hindari Rambut Gugur

  1. Masukkan tiga sudu besar serbuk teh ke dalam secawan air mendidih. Kemudian tapiskan. Bancuh air teh bersama sedikit serbuk inai dan sebiji putih telur hingga sebati. Apabila sebati, sapukan pada kulit kepala dan biarkan selama tiga jam. Seelok-eloknya amalkan dua minggu sekali.
  2. Tumbuk sedikit arang sehingga lumat. Kemudian campur dengan minyak kelapa. Sapukan ramuan ini pada seluruh rambut dan biarkan selama dua jam. Basuh rambut dengan syampu dan keringkan. Lakukan seminggu sekali.
  3. Campurkan air asam jawa dan santan ke dalam satu bekas. Masukkan beberapa kuntum bunga kenanga atau bunga-bunga yang wangi. Basuh rambut menggunakan campuran tersebut. Rambut akan berbau harum tanpa disyampu.

Melebatkan Rambut

  1. Setelah selesai makan, basuh tangan hingga bersih. Tangan yang masih basah itu, lapkan pada rambut dengan berselawat tiga kali.
  2. Ambil arang dari pokok getah, keringkan beberapa hari dan tumbuk hingga lumat. Lumurkan ramuan ini pada rambut dan dicuci. Lakukan setiap hari.

Menghilangkan Kelemumur
Kelemumur menyebabkan kepala gatal dan mengotorkan rambut. Cara untuk mengatasinya ialah :-

  1. Selepas rambut dibasuh, lumurkan dengan beberapa potong limau nipis. Biarkan selama 15 minit. Kemudian cuci dengan air sehingga bersih. Kelemumur bukan sahaja dapat diatasi bahkan rambut menjadi lembut dan bersinar.
  2. Kisar tiga batang serai bersama dua biji limau nipis hingga lumat. Kemudian tapis dan ambil patinya. Sapu pada seluruh rambut seperti menggunakan syampu. Gosok rata-rata dan biarkan selama 15 minit. Bilas dengan air biasa hingga bersih. Amalkan dua kali seminggu.
  3. Rendam halba dan kacang hijau selama setengah jam. Kemudian tumbuk sehingga hancur. Campurkan ke dalam secawan santan pekat dan sapukan pada rambut. Biarkan selama 15 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Lakukan dua kali seminggu.

Rambut Berbuah
Ramas daun pinang. Kemudian campurkan sedikit garam kasar dan air. Sapukan pada rambut. Bairkan selama 30 minit. Bilas dengan air bersih. Lakukan dua minggu sekali.

Meluruskan Rambut
Ambil santan perahan pertama dari sebiji kelapa tua. Kemudian masukkan sebiji air perahan limau nipis ke dalam santan tersebut. Sapukan sekali sehari. Setelah itu cuci rambut dengan air sejuk. Amalkan selama seminggu.

Mencantikkan Payu Dara
Ramai wanita yang inginkan payu dara yang cantik. Cara untuk memilikinya ialah :-

  1. Panaskan dua sudu besar minyak sapi kemudian sejukkan. Sapu dan urutkan di sekeliling payu dara selama 15 minit. Basahkan tuala dengan air suam, kemudian lap sehingga bersih.
  2. Tumbuk sepuluh ulas bawang merah hingga halus. Kemudian sapukan di sekitar payu dara. Jangan terkena pada putingnya. Biarkan selama 15 minit. Kemudian bilas dengan air bersih seperti biasa.

Payu Dara Membengkak
Daun kacang panjang dan daun sirih dibersihkan. Ramaskan kedua-duanya hingga hancur dan tampalkan pada buah dada. Buat berulang-ulang kali sehingga kering. Cuci dengan air bersih.

Menegangkan Payu Dara
Ibu-ibu yang menyusukan anak bimbang payu dara mereka akan menjadi kendur. Cara untuk mengatasinya ialah dengan cara :-

  • Sapukan sedikit minyak kelapa pada permukaan daun sirih yang segar.
  • Kemudian layurkan di atas api yang sederhana panasnya.
  • Setelah layu, ramas dan sapukan pada payu dara kecuali putingnya.
  • Lakukan selama tiga hari berturut-turut.

Mengempiskan Perut

  1. Jika anda makan nasi jangan disulami dengan air. Ini untuk mengelakkan perut buncit. Sebaiknya minum air dua atau tiga jam selepas makan.
  2. Selepas bersalin, sesetengah wanita mengalami masalah perut buncit. Cara untuk memulihkannya kembali ialah :
    • Campurkan sedikit kapur makan, lima helai daun sirih, beberapa titik minyak kayu putih dan satu sudu besar air limau nipis.
    • Sapukan ramuan ini pada perut dan pakailah bengkung. Lakukan sehingga nampak perubahannya.
  3. Tanak kelapa hingga menjadi minyak. Setelah sejuk, sapukan pada perut. Biarkan selama 10 minit. Lakukan setiap hari sehingga menampakkan hasilnya.
  4. Didihkan jadam dengan sedikit air asam jawa sehingga pekat. Apabila suam, lumurkan pada perut sebelum memakai bengkung.
  5. Bancuh sedikit asam jawa, segelas air panas dan garam. Embunkannya semalaman. Keesokkan paginya minum air tersebut sebelum membasuh muka.

Kaki Bersisik

  1. Gosok buah mengkudu pada kaki yang bersisik. Biarkan selama 15 minit. Kemudian baru dibersihkan. Selain daripada kaki bersisik, petua ini boleh juga dilakukan pada jari kaki yang luka.
  2. Campurkan segenggam hampas kelapa dengan sedikit asam jawa. Gosok berulang kali di bahagian kaki yang bersisik. Amalkan selalu.
  3. Setiap hari sapukan sedikit minyak kelapa yang belum digunakan pada kaki yang bersisik.

Urat Timbul Di Kaki

  1. Campurkan sebuku ragi, sedikit air limau nipis dan air sehingga sebati. Sapukan pada urat yang timbul pada setiap malam. Apabila tidur, letakkan kaki di atas bantal.
  2. Campurkan sedikit asam jawa dan air sehingga pekat. Sapukan pada kaki pada setiap malam. Tinggikan kaki sedikit ketika tidur.
  3. Rebus kacang hijau, minum airnya setiap pagi dan petang. Buatlah senaman angkat kaki selama 10 minit sebelum tidur.

Tumit Kaki Pecah
Pelbagai petua boleh diamalkan untuk menyembuhkan tumit kaki yang pecah. Antaranya ialah :-

  1. Rendamkan kaki dalam air suam beberapa minit. Kemudian gosokkan batu asah pisau pada tumit yang pecah tadi. Lakukan sehingga berlaku perubahan.
  2. Ambil getah betik yang masih muda. Sapukan pada tumit yang pecah dan biarkan kering. Selain getah betik, ubat gigi juga boleh digunakan.
  3. Campurkan sedikit air perahan limau nipis dengan bawang putih yang telah dihancurkan. Sapukan pada tumit kaki yang pecah. Lakukan secara berterusan sehingga sembuh
  4. Geselkan kaki anda di rumput yang masih berembun pada waktu pagi. Lakukan tiap-tiap hari sehingga anda merasakan perubahannya.
  5. Bawang merah dibelah dua. Sapukan pada tumit kaki yang pecah sehingga kering. Ulangi setiap hari sehingga sembuh.
  6. Hancurkan gambir dan campurkan dengan air. Sapukan campuran ini pada tumit yang pecah.
  7. Sapukan minyak lebihan mengoreng ikan pada tumit yang pecah.

Kaki Bengkak Ketika Hamil
Rebus segenggam bulu jagung bersama sedikit air. Biarkan sehingga menjadi satu gelas. Kemudian tapis dan minum setaip hari.

Kematu di Tumit Kaki

  1. Campurkan sebiji buah belimbing buluh dengan air limau nipis. Sapukan pada tempat yang kematu dan pecah-pecah.
  2. Sapukan sedikit ubat gigi. Biarkan selama lima minit. Kemudian basuh seperti biasa dengan sabun dan air biasa.

Cengkam Kuku Kaki
Panaskan beberapa biji limau pada api kayu. Titiskan pada kuku yang mencengkam. Ulangi dua atau tiga kali sehari.

Ubat Sakit Kaki

  1. Salai daun mengkudu beberapa minit. Kemudian balutkan pada kaki. Lakukan beberapa kali sehingga kaki sembuh
  2. Tumbuk kunyit dan panaskan bersama minyak masak. Sapukan pada bahagian yang sakit. Kemudian balut dengan daun tembaga suasa.

Merawat Kuku Kaki
Titiskan cuka secukupnya di sekitar ibu jari kaki. Kemudian bersihkan dengan air suam. Anda akan dapati kotoran yang melekat pada kuku akan keluar dengan sendirinya.

Mengilatkan Kuku Kaki
Buang kulit bawang putih dan potong dua, Gosokkan pada kuku kaki sekerap yang mungkin sehingga kelihatan berkilat. Ulangilah selalu sehingga anda benar-benar berpuas hati.

KEK PONDAN (hidangkan untuk jantan2 uols)

nasihat dari akak sebagai primadona kesayangan ramai..matila..kesayangan ker?jagalah laki uol dengan hidangan yang istimewa setiap petang bila laki uol balik dari kerja.jantan suka air tangan fonen...jangan lupa selitkan sedikit mak esah yg akak dah ajarkan kat uol..matila..guna mak esah ker?cubalah baru uol tau hasilnya...ahaks

PONDAN BLACK FOREST CAKE MIX

Black Forest Cake Mix is a popular dessert and have elegant taste of rhum, makes it perfect for every ceremonial!

cake_black_forest1.gif (13335 bytes)
Tips :
Baking is done when toothpick inserted in center of cake comes out clean.

Ingredients :
Wheat flour
Corn starch
Skim milk powder
Sugar
Emulsifier
Baking powder
Cocoa powder
Chocolate flavor
Food color: Brillian Blue CI 42090, Yellow FCF CI 15985. Carmoisine CI 14720

You Will Need :
10 eggs (4 eggyolks + 6 whole eggs)
150 gr margarine + 100 gr butter, melted

How To Prepare :
Beat eggs at high speed for 4 minutes until foamy.
Add Pondan Black Forest Cake Mix then beat again at high speed for 6-7 minutes until the mixture is smooth and thick.
Add chocolate paste (found inside this box) and stir well until even. Then add cooled melted butter and stir well until even.
Divide cake batter into 3 portions. Prepare 3 baking pans 22x22 cm, cover the bottom with baking paper and grease the sides of pan with margarine. Pour every portion into its pan.
Bake for 15 minutes on medium heat till done. Let it cool for 5 minutes, peel of the skin of the first two cakes and spread on top of them with butter cream or strawberry jam, or whip cream. Put the last cake (skin unpeeled) at the top and stack them together
Ready to serve.

Serving Suggestion :
Serve cake with home made butter cream : Mix 100 gr shortening, 100 gr margarine, 3 tablespoons condensed milk, 2 tablespoons rhum, and 100 gr fine sugar altogether then beat at high speed for 15 minutes. Your home made butter cream is ready !

Store in a cool dry place. Avoid sunlight.